top of page

BARU JE TUKAR SKINCARE, DAH BREAKOUT!

  • Dr. Nik A
  • Aug 13, 2019
  • 2 min read

SOALAN: Saya baru saja tukar produk skincare kepada produk natural. Kenapa pula ya naik jerawat, kan produk natural sepatutnya selamat!


JAWAPAN:

Bawa bertenang, sis...

Biasanya apabila jerawat naik, kita akan andaikan bahawa skincare yang baru itu tak sesuai dengan kulit kita. Tapi adakah jerawat naik disebabkan oleh breakout atau disebabkan oleh purging?


APA ITU PURGING?


Purging adalah istilah dalam dunia kecantikan, berasal dari kata purge yang bererti pembersihan.


Pada fasa awal penggunaan skin care ataupun fasa penukaran produk skin care dari yang biasa anda gunakan ke produk baru, anda mungkin akan mengalami proses yang dinamakan purging. Proses purging merujuk kepada kulit break out yang terjadi apabila menukar kepada produk skincare baru.


Secara medikal, purging adalah keadaan yang timbul akibat penggunaan kosmetik atau bahan kimia yang memiliki bahan seperti AHA, BHA atau produk berjenis scrub, peeling, atau retinoid yang memang memiliki kemampuan penetrasi ke dalam kulit untuk membersihkan dan memperbaiki lapisan bawah kulit.

Bahan-bahan ini boleh mempercepat pertumbuhan sel kulit (faster cell turnover rate) sehingga kulit akan nampak seperti bersisik dan nampak seperti memiliki benjolan kecil yang biasanya akan menghilang tanpa adanya fasa kemerahan, bengkak, atau radang pada kulit anda. Sekiranya sis ada pori-pori tertutup, maka jerawat boleh naik. Sekiranya sis ada jerawat kecil atau acne, boleh menjadi lebih besar. Ini adalah kerana semua komedo (comedone) iaitu bengkal atau benjolan kecil yang tersembunyi dalam kulit akan tertolak ke permukaan kulit.


Sis mungkin menyangka kulit sis bertindak secara negatif kepada produk atau produk tidak sesuai dengan kulit. Bukan! Sebenarnya purging berlaku disebabkan kulit sis bertindak balas secara sensitif kepada produk berkenaan. Purging bertujuan untuk membersihkan pori-pori kulit wajah anda yang tersumbat oleh minyak berlebih, sel kulit mati yang bertompok dan komedo.


Purging umumnya terjadi selama 3-4 minggu. Hal ini disesuaikan dengan kitaran penggantian kulit baru setiap orang iaitu 21-28 hari.


APA YANG HARUS SIS LAKUKAN JIKA BERLAKU PURGING?


Teruskan menggunakan produk berkenaan selama beberapa minggu.

Selepas beberapa minggu, biasanya kulit akan mula clear up.


Walau bagaimanapun, hentikan penggunaan produk tersebut sekiranya produk berkenaan menyebabkan berlaku pori2 tertutup yang baru, menambahkan intensiti iritasi kulit, tumbuh jeragat pada kawasan baru atau mengalami kegatalan, kesakitan dan ruam lain. Jumpa dermatologist.


Untuk maklumat lanjut, whatsapp kami


atau



 
 
 

Comments


©2019 by Ensutouch by SIRIM. Proudly created with Wix.com

bottom of page