top of page

PETUA MUDAH MEMILIH SUNSCREEN TERBAIK

  • Dr. Nik A
  • Aug 15, 2019
  • 2 min read

Sebanyak 90% daripada penuaan pramatang adalah disebabkan oleh terdedah kepada cahaya matahari. Alhamdulillah, kita boleh mendapatkan perlindungan dari cahaya matahari dengan memakai sunscreen. . Banyak sunscreen yang berada di pasaran, namun yang mana satukah yang terbaik untuk kesan yang diinginkan? . Petua Mudah Memilih Sunscreen

. 1. Seeloknya pilih sunscreen yang mempunyai perlindungan broad spectrum dengan nilai SPF30 sekurang-kurangnya. . SPF atau Sun Protection Factor menunjukkan keupayaan sunscreen berkenaan untuk melindungi kulit dari UVB. . Secara puratanya, kulit mengambil masa 10 hingga 20 minit terdedah kepada cahaya matahari untuk mengalami sunburn. SPF20 umpamanya akan melindungi kulit dari sunburn lebih kurang 20 kali lebih lama, jadi 200 hingga 400 minit. Dengan syarat, sunscreen dipakai dengan cara yang betul. . Sunscreen perlu direapply sekurang-kurangnya setiap 2 jam sekali kerana sunscreen boleh hilang dengan sebab air atau peluh. . 2. Pilih sunscreen yang mempunyai rating PA+ yang bersesuaian dengan aktiviti atau tahap exposure . . PA pada label sunscreen menandakan perlindungan terhadap UVA dalam sunscreen berkenaan. UVA tidak menyebabkan sunburn tetapi menyebabkan kulit menjadi warna kecoklatan (brown). . Pancaran UVA merupakan pembunuh senyap kerana kesan terhadap kulit tidak dirasai, tetapi pancaran ini meresap jauh ke dalam kulit mengakibatkan kerosakan. . Antara rating PA yang diguna pakai ialah: PA+ menggambarkan sedikit perlindungann terhadap UVA PA++ menggambarkan perlindungan yang sederhana terhadap UVA PA+++ menggambarkan perlindungan yang tinggi terhadap UVA PA++++ menggambarkan perlindungan yang sangat tinggi terhadap UVA. . 3. Pilih sunscreen broad spectrum. Sunscreen dengan broad spectrum dapat melindungi kulit dari kedua-dua UVA dan UVB. Telah dibuktikan bahawa penggunaan broad spectrum SPF dapat mengurangkan risiko kanser kulit dan tanda-tanda penuaan yang ketara seperti kedutan dan sunspot (kawasan kulit yang gelap sedikit yang terdedah kepada cahaya matahari seperti muka, bahu, belakang dan belakang tapak tangan). . CARA PENGGUNAAN SUNSCREEN Apply pada kuantiti yang agak banyak. Reapply setiap 2 jam sekali atau lebih kerap jika berenang atau berpeluh. . Selain memakai sunscreen, petua lain untuk perlindungan dari cahaya matahari ialah: 1. Elak berada di luar antara jam 10 pagi hingga 4 petang. Air, pasir dan konkrit boleh memantulkan cahaya dan meningkatkan risiko burn. 2. Pakai pakaian yang melindungi dari matahari – contohnya seluar panjang, baju berlengan panjang, sunglass dan topi. .

Untuk maklumat lanjut tentang sunscreen dan perlindungan dari UVA dan UVB, whatsapp kami, just klik:

atau




 
 
 

Comments


©2019 by Ensutouch by SIRIM. Proudly created with Wix.com

bottom of page