TIDUR MEMBANTU PROSES REJUVENASI KULIT
- Dr. Nik A
- May 20, 2019
- 1 min read
Updated: Aug 14, 2019
Sleeping Beauty sinonim dengan kecantikan semasa tidur, kan? Adakah tidur menjadikan seseorang cantik... hehe.. atau adakah itu hanya satu myth?
Kita lihat apa yang berlaku semasa tidur. Tidur sememangnya mengurangkan kedutan pada wajah dan leher, biarpun secara sementara. Semasa kita hendak tidur, suhu badan berkurangan sebanyak separuh degree dan sistem pengaliran darah meningkatkan aliran darah ke kulit. Ini menjadikan kulit kita kemerah-merahan kerana warna kulit menghampiri warna darah pada waktu malam. Tona kulit juga berubah kerana perubahan suhu badan. Inilah sebabnya ada orang yang nampak lebih cantik sejurus sebelum tidur atau ketika tidur.
Pada peringkat awal tidur, hormon dikeluarkan oleh badan kita bagi membaiki dan membina kulit yang mengalami kerosakan akibat stress dan sinar UV. Hormon ini mengekalkan kolagen matrix, dengan itu menampakkan muda. Tidur yang berkualiti dan mencukupi adalah penting bagi kesihatan kulit.
Sel kulit juga regenerate lebih pantas pada waktu malam dibandingkan dengan waktu siang hari dan waktu puncak adalah pada jam 2 pagi. Pada waktu inilah dikatakan berlaku proses rejuvenasi dan pembentukan sel baru.
Semasa tidur, seluruh tubuh badan kita termasuk wajah, lebih berpeluh. Lembapan yang terhasil pada kulit akan mengurangkan kedutan. Pemakaian sleeping mask akan membantu membuatkan kulit wajah lebih lembap. Tidur adalah moisturiser natural dan peluh semasa tidur merupakan rawatan natural terhadap kulit.
Sebelum tidur, apply serum dan sleeping mask Ensutouch.
Dapatkan tidur yang berkualiti dan cukup.
Kesan lembapan adalah sangat ketara secepat 3 jam.
Comments