CONFUSE LAR... NI PURGING ATAU BREAKOUT?
- Dr. Nik A
- Aug 13, 2019
- 1 min read
Baru je tukar skincare, dah naik jerawat! Macamana ni... Produk ni tak sesuai, produk ni bahaya. Entah-entah produk ni ada merkuri, ada paraben, ada SLES, ada SLS... Saya akan viralkan tentang produk ni...
TUNGGU DULU! Jangan terburu-buru...

BAGAIMANA NAK BEZAKAN ANTARA PURGING DAN BREAKOUT?
Apabila bertukar kepada produk skincare baru, ada kemungkinan kulit mengalami purging atau breakout.
Purging adalah bagus bagi kulit yang menandakan bahawa produk ini sedang membantu kulit kita.
Susah nak kenal pasti sama ada kulit kita mengalami purging atau breakout.
Jom kita fahami tentang purging dan breakout!
Kedua-dua purging dan breakout adalah disebabkan oleh proses yang berlaku jauh di bawah kulit. Ada produk skincare yang terperangkap dalam pori-pori menyebabkan berlakunya radang dan seterusnya menyebabkan jerawat dan jeragat. Ini biasanya berlaku apabila kita menggunakan lebih banyak mekap atau penggunaan skincare yang berlebihan. Justeru, elak penggunaan terlalu banyak item untuk penjagaan kulit.
Purging boleh mengakibatkan reaksi yang sama tetapi disebabkan oleh kadar turnover sel yang lebih tinggi. Produk skincare yang digunakan boleh mempercepatkan pembentukan sel baru.
Ini bermaksud, produk ini membantu mengeluarkan sel mati dengan lebih berkesan dan dalam jangka masa panjang, mengelak pori-pori tertutup. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa pendek, proses ini boleh menyebabkan berlaku blackheads atau breakout.
Teruskan menggunakan produk skincare tersebut dan masalah ini akan segera diatasi.
Untuk maklumat lanjut, whatsapp kami
just klik: www.wasap.my/+601137424966/infopurging
atau
Comments